Tuesday, November 15, 2011

Bubur Lambuk Junior

semalam jenjalan kat belog mommy eisya die ade bagi resepi bubur lambuk junior.wah terus semangat nak buat ok.nampak simple dan menarik.bile bitau rafiq nak buat bubur lambuk die heran dah.eh boleh ke medina ni makan bubur lambuk.alaaa.konsep die same jek macam bubur nasi biase tu cume ade rempah sikit.mau tak die gelabah.mak metua aku pesan, kalau nak buat sup medina, jangan letak rempah ratus bagai.nanti takut perut anak tak tahan.datang menantu die yang degil ni naaak jugak letak.hehe.hopefully serasi la ngan medina kan rempah sup tu.

meh sini aku bagi resepi yang aku dah ubah sikit2 untuk medina.yelaa.i ni tak serajin macam mommy eisya tuh okay.hehe.

bahan-bahan:
  • 1 pot kecik beras (untuk 2 kali medina makan) - di blend dahulu untuk cepat masak
  • 1/2 bawang merah besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inch halia
  • 1/3 carrot
  • 1/2 kentang
  • 1/4 packet ayam cincang
  • 1/4 santan
  • 1 inch kayu manis
  • 2 sudu kecik serbuk sup adabi
cara-caranya:
  • bawang merah, bawang putih dan halia di blend sekali.
  • carrot dan kentang di potong dadu.
  • tumiskan bahan yang telah di blend.masukkan air sikit.
  • masukkan rempah sup
  • kemudian masukkan kayu manis.biarkan sehingga wangi.
  • masukkan beras yang telah di blend tadi bersama dengan ayam cincang beserta air.tambah air sedikit demi sedikit.
  • masukkan carrot dan kentang apabila bubur hampir masak.(tengok tanda beras pecah2 atau tebelah 2)
  • tunggu dalam 10 minit, masukkan pula santan.kacau hingga sebati.seap.senangkan?
inilah hasilnye......

.

.

.

.

.

.

.

.

taraaaa


lepas ni aku nak try wat resepi ini plak untuk medina breakfast.semangat ok.bagus lah mommy eisya ni buat aku terase nak masak jek.tapi nak ganti buah prune tu ngan hot dog.boleh kan?? so far belog ini dan ini memang best untuk korang refer.

*kelakar bile aku masak rafiq kene jadi tukang bagi arahan bace dari belog.aku gugup wei takut terhangus ke tersalah letak mane yang patut dulu ke.hehe.

oklah.selamat mencuba.bye!

4 comments:

  1. hahah sedap kan? medina suka kann. hehe. i pon bagi rempah2 masa eisya umur 8m above. bawang2 semua. bagi sikit2 n tgk dia ok je.
    tak payah risau, usually baby esp breastfed baby can take spices well sebab dah biasa susu kita rasa macam2 hehehe

    ReplyDelete
  2. Mcm simple.nk try gak la.tp takmo pkai santan boleh?tkr susu cair..hihihi..

    ReplyDelete
  3. ederq: sedap.malam esoknya buat lebih untuk makan sendiri plak.kalau bab makan nombor 1.hahaha.

    rdna: simple sangat dna.buatlah sedap taw.perasan.haha.boleh kot santan tukar susu.tapi kan kalau tak letak santan pun ok jugak.masukkan santan bukan banyak mane pun untuk bubur ni.so takde effect pun kalau tak letak.

    ReplyDelete
  4. akak pun suke bubur lambok.. bubur lambok sesduka ati gituw.. =)

    ReplyDelete